Wednesday, March 24, 2010

AMALAN MENARIK REZEKI

Assalamualaikum warahmatullah,


Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.

Tuesday, March 23, 2010

Ujian Penilaian 1 Ekonomi Asas Tingkatan 5

SMK SENGGARANG

UJIAN PENILAIAN 1

EKONOMI ASAS TINGKATAN 5

1 JAM 30 MINIT

Bahagian A

( 30 markah )

Soalan Objektif

Arahan : Tiap-tiap soalan dibawah ini diikuti oleh empat jawapan pilihan. bagi tiap-tiap soalan,pilih satu jawapan yang betul atau yang paling sesuai.

1. Penyataan berikut berkaitan dengan satu masalah ekonomi


Barang kedua terbaik yang terpaksa di lepaskan untuk mendapatkan barang yang terbaik.

Unit ekonomi manakah yang mengalami masalah kos lepas di atas?

  1. seorang suri rumah
  2. pemilik sebuah kilang
  3. seorang pekebun sayur
  4. kementerian Pertanian Malaysia

2.Penyataan manakah yang menerangkan tentang barang percuma?

  1. barang yang tidak melibatkan kos lepas
  2. barang yang penwarannya terhad
  3. barang yang disediakan oleh kerajaan
  4. barang percuma yang diberikan oleh syarikat apabila membeli ubat gigi

3.Syarikat Cat Fish Bercadangg menternak ikan keli menggunakan teknologi moden dalam tangki poly. Syarikat bercadang mengeluarkan 100,000 ekor ikan keli dalam jangkamasa 3 bulan pertama?

Apakah masalah asas ekonomi yang perlu diselesaikan?

  1. Apa yang hendak dikeluarkan
  2. Berapa yang hendak dikeluarkan
  3. Bagaimana hendak dikeluarkan
  4. Untuk siapa dikeluarkan

4. Maklumat berikut berkaitan dengan cirri system ekonomi

  • Individu dan swasta bebas membuat keputusan ekonomi
  • kerajaan tidak campur tangan dalam aktiviti ekonomi


Sistem ekonomi yang dimaksudkan di atas ialah

  1. System Ekonomi Campuran
  2. Sistem EKonomi Kapitalis
  3. Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
  4. Sistem Ekonomi Islam

5. Antara berikut ,yang manakah merupakan suasana di tempat kerja?

I. Kemudahan pengangkutan

II. Peluang kenaikan pangkat

III. Keselamatan semasa bekerja

IV. Keselesaan tempat kerja

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

6. Berikut adalah langkah penyediaan belanjawan peribadi

I. Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan

II. Mengenalpasti punca pendapatan dan potongan wajib

III. Memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan boleh guna

IV. Mencatatkan perbelanjaan harian, perbelanjaan tetap dan perbelanjaan tidak tetap

V. Baki pendapatan ditabungkan

A. I,II,III,IV dan V

B. I,III,II ,IV dan V

C. II,IV,I,III dan V

D. III,IV,I,II dan V

7. Apakah peranan isi rumah dalam ekonomi ?

I. Membekalkan factor pengeluaran kepada firma

II. Menerima pendapatan daripada firma

III. Menguruskan factor pengeluaran untuk menghasilkan barang

IV. Menggunakan barang daripada firma

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

8. Rajah 1 menunjukkan pergerakkan X ke Y di sepanjang keluk permintaan (DD)

Rajah 1

Pergerakkan dari X ke Y berlaku di sebabkan

  1. Peningkatan harga barang lain
  2. Kenaikan harga barang itu
  3. Penurunan harga barang pengganti
  4. Kejatuhan harga barang penggenap

9. Keanjalan harga permintaan adalah

  1. Mengukur peratus perubahan kuantiti diminta sebagai tindak balas daripada peratus perubahan harga
  2. Mengukur peratus perubahan harga sebagai tindak balas daripada peratus perubahan kuantiti diminta
  3. Mengukur peratus perubahan kuantiti sebagai tindak balas daripada perubahan peratus pendapatan Negara
  4. Mengukur peratus perubahan harga sebagai tindak balas daripada peratus perubahan pendapatan pengguna.

10. Jadual 2 menunjukkan penawaran seluar dari tahun 2005 hingga 2007

Tahun

Haga seunit

(RM)

Jumlah permintaan

Seluar (helai)

2005

28

2000

2006

30

2500

2007

32

3000

Hitungkan keanjalan harga penawaran seluar apabila harga meningkat daripada RM ABC akan menyebabkan.

  1. 2.7
  2. 3.0
  3. 3.5
  4. 3.7

11. Antara yang berikut yang benar tentang firma

I. Menggabungkan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang

II. Matlamat utama memaksimumkan keuntungan

III. Membekalkan faktor pengeluaran

IV. Menggunakan barang dan perkhidmatan

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

12. Jadual 3 menunjukkan hubungan antara bilangan buruh dengan jumlah keluaran suatu barang.

Bilangan buruh (orang)

Jumlah keluaran (unit)

0

-

2

8

4

8

6

16

8

20

Penggunaan buruh yang ke berapakah keluaran sut yang paling tinggi?

  1. 2
  2. 4
  3. 6
  4. 8

13. Antara yang berikut yang manakah kos berubah firma?

  1. gaji pekerja
  2. alat pengeluaran
  3. sewa tanah
  4. mesin

14. Apakah yang menyebabkan pengurangan penawaran bagi barangan elektronik di pasaran ?

  1. Perubahan citarasa pengguna
  2. Penggunaan teknologi moden
  3. Cukai jualan barang elktronik meningkat
  4. Upah buruh jatuh

15. Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran bagi kek coklat.

Hitung keanjalan harga penawaran bagi kek coklat apabila harga meningkat daripada RM10 kepada RM14

  1. 0.4
  2. 0.5
  3. 1.7
  4. 2.0

16. Jadual 4 menunjukkan permintaan bagi pasaran minyak wangi jenama De Suci

Harga

(RM)

Permintaan individu

Alma

Shereen

Kamilah

2

20

10

15

4

30

15

20

6

40

20

25

8

20

25

30

Jika keseimbangan pasaran berlaku pada harga RM6, kuantiti yang ditawarkan di pasaran ialah

  1. 30
  2. 65
  3. 85
  4. 105

17. Apakah kesan kepada pasaran beras jika permintaan bertambah tetapi penawaran tetap

I. lebihan permintaan

II. lebihan penawaran

III. harga yang jatuh

IV. harga akan naik

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

18. Rajah 3 menunjukkan keluk permintaan dan penawaran pasaran bagi barang X.

Berdasarkan rajah 4, titik E menggambarkan perkara berikut.

  1. Permintaan sama dengan penawaran akan mewujudkan harga keseimbangan
  2. Suatu keadaan wujud melebihi permintaan dan lebihan penawaran
  3. RM3000 adalah harga yang tidak dipersetujui oleh pengguna dan pengeluar
  4. Harga akan turun dan naik walaupun berlaku perubahan dalam permintaan dan penawaran

19. Antara yang berikut yang manakah merujuk kepada aliran fizikal dalam ekonomi dua sektor?

  1. aliran wang dan aliran barang-barang
  2. aliran faktor pengeluaran dan aliran wang
  3. aliran faktor pengeluaran dan barang-barang dan perkhidmatan
  4. aliran perbelanjaan penggunaan dan aliran barang-barang dan perkhidmatan

20. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri wang yang baik?

I. tahan lama

II. kestabilan nilai

III. diterima umum

IV. memudahkan urusniaga

A. I,II dan III

B. I,II dan IV

C. I, III dan IV

D. II,III dan IV

21. Antara yang berikut, yang manakah fungsi bank perdagangan?

I. mengeluarkan mata wang

II. menerima deposit daripada orang ramai

III. mengurus pertukaran pertukaran asing

IV. membuat dan menerima pembayaran

A. I,II dan III

B. I,II dan IV

C. I, III dan IV

D. II,III dan IV

22. Rajah 4 menunjukkan fungsi-fungsi wang.

Berikan fungsi-fungsi tersebut

I. Alat pengukur nilai

II. Alat penyimpan nilai

III. Alat bayaran tertunda

IV. Alat perantaraan pertukaran

A. I dan III

B. II dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

23. Antara yang berikut yang manakah fungsi bank saudagar?

I. Menanggung jamin terbitan syer

II. Khidmat pengurusan berportfolio

III. Mengurus pinjaman bersindiket

IV. Menyediakan peti simpanan selamat

A. I,II dan III

B. I,II dan IV

C. I, II dan IV

D. II,III dan IV


Encik Mat mempunyai deposit tetap berjumlah RM 100,000 di Maybank Berhad.

24. Apakah fungsi wang dalam penyataan itu ?

  1. Alat ukuran nilai
  2. Alat bayaran tertunda
  3. Alat penyimpan nilai
  4. Alat perantaraan pertukaran

25.Antara yang berikut ,manakah menerangkan ciri deposit semasa?

I. Deposit semasa merupakan wang sah

II. Pendeposit akan diberikan kemudahan overdraf

III. Pengeluaran wang tertakluk kepada tempoh masa tertentu

IV. Jumlah simpanan minimum adalah lebih tinggi daripada deposit tabungan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

26.Antara yang berikut yang manakah fungsi bank pusat?

I. mengeluarkan mata wang

II. menjadi jurubank kepada kerajaan

III. menerima deposit daripada orang ramai

IV. mengawal kestabilan nilai mata wang

A. I,II dan III

B. I,II dan IV

C. I,III dan IV

D. II,III dan IV

27. Penyataan berikut berkaitan Skim Perbankan Islam.

Pembiayaan Skim Perbankan Islam (SPI) di atas merujuk kepada konsep

  1. Wadiah
  2. Musyarakah
  3. Bai At Takjiri
  4. Bai bithaman Ajil

28.Penyataan berikut berkaitandengan suatu prinsip perbankan Islam

Bank menjual barang pada harga yang lebih tinggi daripda harga belian.Margin keuntungan harus dipersetujui oleh pihak bank dan pelanggan


Antara yang berikut, yang manakh berkaitan dengan penyataan diatas?

  1. Al Wadiah
  2. Bai At Takjiri
  3. Al Murabahah
  4. Bai Bithaman Ajil

29.Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah institusi kewangan bukan bank.

  • menerima deposit tabungan dan deposit tetap
  • menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan
  • menyediakan kemudahan ATM


  1. Syarikat Insurans
  2. Lembaga Tabung Haji ( LUTH)
  3. Bank Simpanan Nasional ( BSN)
  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

30.Apakah kemudahan yang disediakan oleh bank perdagangan bagi mengurangkan penggunaan tunai untuk pelbagai urusan dalam Negara.

I. cek

II. cek kembara

III. kad kredit

IV. kad juruwang elektronik

A. I,II dan III

B. I,II dan IV

C. I,III dan IV

D. II,III dan IV

Bahagian B

( 30 markah )

Soalan Esei

Arahan : Jawab semua soalan di bawah

Soalan 1

a) Nyatakan lima ciri wang yang baik ( 5 markah )

b)Gambar 5 menunjukkan iklan computer daripda Syarikat Maju Jaya Sdn.Bhd

Terangkan fungsi wang dalam iklan itu ( 4 markah )

Soalan 2.

a) Jelaskan kemudahan overdraf yang disediakan oleh bank perdagangan

( 3 markah )

b) Huaraikan tiga jenis simpanan yang disediakan oleh bank perdagangan

( 9 markah )

Soalan 3.

a) Terangkan perkhidmatan Bank Islam yang berikut;

I. kemudahan pinjaman yang berasaskan prinsip Bai Bithaman Ajil

II. Kemudahan perkhidmatan simpanan Al-Wadiah

( 6 markah )

b) Nyatakan tiga fungsi Bank Negara Malaysia ( 3 markah )

SELAMAT MAJU JAYA

Di sediakan oleh , Disahkan oleh,

…………………… ………………………