Sunday, June 27, 2010

Alhamdulillah ...syukur ke hadrat ALLAH.



Alhamdulillah, aku telah selamat diijab kabulkan dengan suami tersayang pada 6 Jun 2010. Aku bersyukur kerana semua berjalan dengan lancar. Abang dengan sekali lafaz, telah mengesahkan aku diterima sebagai isteri yang sah. Hanya lafaz syukur yang dapat di panjatkan. Sesungguhnya kesabaran dan ketenangan menjadi teman setia di kala sesi penantian. Jutaan terima kasih kepada mak, abah , adik beradik dan sanak saudara yang tak menang tangan berganding bahu demi walimah yang cemerlang.Terima kasih semua...

Saturday, June 26, 2010

Pertukaran Suka Sama Suka Dari Johor Ke Perak


Pekan Senggarang



Assalamualaikum kepada semua para sahabat.Saya seorang guru yang mengajar subjek Ekonomi Asas dan Perdagangan di SMK Senggarang, Batu Pahat Johor. Saya ingin mencuba membuat pertukaran guru suka sama suka.Jika ada yang berminat dan berhajat boleh menghubungi saya di email.nqaseh@ymail.Saya amat memerlukan pertukaran suka sama suka ini.Saya tidak kisah jika ditempatkan kawasan pendalaman perak.