Friday, November 4, 2011

JANGAN TERLALU LAMA...

1. Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk – Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan – Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat – Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur – Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira – Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina

7. Terlalu kerap marah – Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banayk berfikir – Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih – Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana – Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan – Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).

14. Terlalu minum minuman berais – Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan cepat tua.

15. Terlalu banyak masa lapang – Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Rahsia Handphone ANDA!!




Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya: 1. Nombor Kecemasan Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ON’ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

UJIAN EKONOMI ASAS

BAHAGIAN A

Hitamkan semua jawapan anda pada kertas soalan yang disediakan.
--------------------------------------------------------
1. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang firma?
I. Matlamat utama memaksimumkan keuntungan
II. Berbeza dari segi saiz dan modal
III. Membekalkan faktor pengeluaran
IV. Menggunakan barang dan perkhidmatan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

2. Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi peningkatan penawaran barang?
I. Penggunaan teknologi tinggi
II. Jangkaan harga pada masa depan meningkat
III. Cita rasa pengguna berubah
IV. Penambahan subsidi kepada pengeluar
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV


3. Antara berikut, yang manakah kos tetap firma?
A. Bil telefon
B. Sewa kilang
C. Upah pekerja
D. Kos bahan mentah

4. Kilang M telah mengeluarkan 180 pasang kasut sehari dengan 20 orang pekerja. Tambahan 2 orang pekerja menyebabkan pengeluaran kasut juga bertambah menjadi 210 pasang sehari.
Berapakah keluaran sut bagi pekerja ke-22?
A. 9
B. 10
C. 15
D. 30

5. Puan Zaidah memerlukan ikan, tepung, mesin pengisar dan pekerja untuk membuat keropok.
Apakah input tetap yang terlibat dalam proses tersebut?
A. Ikan,tepung dan mesin pengisar
B. Pekerja dan mesin pengisar
C. Ikan, tepung dan pekerja
D. Mesin pengisar

6. Keanjalan harga penawaran adalah anjal jika peratus perubahan
A. dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan pendapatan.
B. dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan harga.
C. harga melebihi peratus perubahan dalam kuantiti ditawar.
D. pendapatan melebihi peratus perubahan kuantiti ditawar.

7. Jadual di bawah menunjukkan pekali keanjalanharga penawaran bagi barang P dan barang Q.Barang Pekali Keanjalan Harga Penawaran
P 4
Q 0.5
Apakah jenis pekali keanjalan bagi barang P dan barang Q?
Barang P Barang Q
A. Anjal Anjal satu
B. Tidak anjal Anjal
C. Anjal Tidak anjal
D. Anjal satu Anjal

8.Penawaran kasut bertambah daripada 150 pasang kepada 250 pasang apabila harga sepasang kasut meningkat daripada RM20 kepada RM30.
Apakah pekali keanjalan harga penawaran kasut tersebut?
A. 0.75
B. 0.83
C. 1.20
D. 1.33