Saturday, February 27, 2010

JOM BUKA MINDA KITA




ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2.
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3.
Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5.
Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6
. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Saturday, February 20, 2010

MEMPERSENDAKAN UMAT ISLAM:


Kalau sudah bergelar Zionist @ laknatullah itu tidak akan pernah berasa puas selagi impian mereka untuk menguasai umat manusia dan dunia belum kesampaian dengan New World Order (NWO).

Terletak di tengah kota , Manhattan, New York. Mereka telah mendirikan sebuah rumah minuman arak berbentuk kiblat umat Islam , Mekah. Mereka namakan " Apple Mecca ".



Di Israel pula, tandas yang merupakan patung wanita bertudung menjadi popular. Ini satu persendaan terhadap wanita Islam.



Sudah menjadi JATI DIRI yang kuat bagi Yahudi-zionist, mereka adalah manusia pilihan tuhan, dan yang lain hanyalah hamba mereka. Oleh itu mereka menanamkan bermacam kesan phsikology dalam diri mereka dengan merendahkan martabat yang bukan Yahudi terutama umat Islam.

Wednesday, February 17, 2010

Untukmu Sahabat....

[puisi+untuk+sahabat.jpg]

Monday, February 15, 2010

PERISTIWA RABIUL AWAL

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

MAWAR TERPINGGIR



Org sangka aku gembira
krn senyuman x pnh lekang di bibir
tp hakikatnya di dlm hati
aku x pnh berhenti menangis

Org sangka aku bahagia
krn wajahku sentiasa ceria
tp hakikatnya itu lakonan semata
krn aku t'siksa di dlm jiwa

Sentiasa kucuba tabahkan hati
tenangkan perasaan yg b'gelora dlm diri
krn aku mesti kuat utk b'diri
jika jatuh pasti aku rebah ke bumi

Bilakah akan ada insan yg bisa mengerti
hati kecilku yg lara ini
yg sentiasa m'hrp hadirnya sinar
yg sentiasa m'dambakan kasih sejati

Salahkah aku m'hrp difahami
salahkah aku m'hrp dimengerti
salahkah aku m'hrp dikasihi
salahkah aku m'hrp dihargai

Tak pnh aku m'hrp simpati
krn aku bknnya mengemis
aku hanya perlukan teman
teman yg bisa mengerti dan memahami

Teman yg bisa menemankan
aku di kala gembira dan sedih
teman yg bisa kuluahkan isi hati
teman yg bisa menemaniku hingga nnti

Nukilan--mawar terpinggir..

Sunday, February 14, 2010

RAJA HATI YANG KU DAMBA....



Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa


Moga dikurnia seorang raja di jiwa

Tempat untuk kuluahkan segala rasa

Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan

dia penghibur dan jua peneman

hati yg sayu tidak kesepian

duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan

tidak kuharap yg hartawan

bukan jua kerna kedudukan

cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan

biarpun derita yg menjadi rintangan

ketulusannya yg tiada bandingan

tercipta ayu indahnya peribadi insan

KEIKHLASAN DALAM PENGORBANAN SEORANG LELAKI


Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya...

....SUBHANALLAH..........

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..


Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..


N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…...kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…
n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .
milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih kepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…

Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam…

MEE BANDUNG ...HEHEHE


Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya[maid],Sutina ...
Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ... Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ... Beliau berjanji akan
menanggung segala kos untuk anak tersebut
sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...
Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung"dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad
Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan
untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...
Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.
Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad
Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut,
sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...
"Mee Bandung, Mee Bandung, MeeBandung, Mee Bandung -
2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih!
dapat anak kembar 4..
2 lelaki..2 perempuan
so, wife dia minta duit belanja lebih la..[so funny!!!]

KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH



Al-Fatihah dibaca untuk mendapat barakah Allah di awal majlis, Al-Fatihah juga disedeqahkan kepada orang yang pergi meninggalkan kita. Namun, terdapat banyak fadhilat dan rahsia sunnatullah dalam ummul kitab itu.
antaranya yang akan dibincangkan di bawah.
Rahsia SURAH AL-FATIHAH.

1. Untuk membuat seseorang (suami/isteri, anak-anak) agar senantiasa
mengingati kita.

* Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.

2. Untuk penyakit yang agak tenat.

* Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandi
dengan menggunakan air tersebut.

3. Untuk penyakit mental.

* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut
pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.

4. Bila di dalam kesakitan yang amat sangat,

* Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.
Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yang
sakit itu.

5. Untuk bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam.

* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala bayi itu.

6. Untuk kecederaan seperti luka, disengat lebah, berdarah, jari tersepit pintu.

* Baca Surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan ambil air liur dari
“langit-langit” dan sapu pada bahagian yang cedera itu.

INSYA’ ALLAH perkara-perkara yang disebutkan di atas berkesan dengan
beberapa syarat:

* Percaya dan yakin bahawa Surah Al-Fatihah adalah “penawar” yang terbaik
untuk segala-segalanya.
* Baca Surah Al-Fatihah dengan khusyuk.
* Tawakal kepada Allah.
* Guna Surah ini hanya untuk niat yang baik.

Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:

i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.

Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:

Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.

Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.

Fatihah Sakit Mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.

Fatihah Di atas Kapas
Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin
Allah.

Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan

Dinding Dimasa Tidur
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali
Qul A’uzubirabbil falaq - 1 kali
Qul A’uzubirabbin Nas - 1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.

sebaik-baik penawar ialah ayat alquran.Namun, berhati-hatilah membaca Al-Fatihah kerana sekiranya salah membacanya maka rosaklah Al-Fatihah itu.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)
sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu)
sepatutnya Iyya. Iya bermaksud
‘matahari’

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya
akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan
kepada matahari kami meminta
pertolongan”!!!!

7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga
habis hendaklah dibaca
tanpa
henti.
AMIN .hendaklah mengaminkan Al- Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat InsyaAllah.

semoga kita menjadiorang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Al Fatihah juga boleh dibaca semerta untuk hal-hal seperti meredakan kemarahan seseorang. Niatkan dalam hati untuk sedeqahkan surah itu kepada orang tersebut dan berdoa dengan Allah agar menghilangkan kemarahannya. bacalah Al Fatihah dengan ikhlas, insyaallah orang tersebut tidak marah lagi.

Begitu juga jika mahu suami atau anak ingat dan rindukan kita, sedeqahkanlah surah al-fatihah itu dengan ikhlas atas namanya dan pohon dengan Allah agar dimasukkan rindu dalam ingatan mereka kepada kita.

mudah-mudahan hubungan anak dan ibu serta suami dan isteri semakin kukuh, walaupun begitu, ayatul quran bukanlah digunakan untuk tujuan yang bertentangan dengan syarak .