
Alhamdulillah, aku telah selamat diijab kabulkan dengan suami tersayang pada 6 Jun 2010. Aku bersyukur kerana semua berjalan dengan lancar. Abang dengan sekali lafaz, telah mengesahkan aku diterima sebagai isteri yang sah. Hanya lafaz syukur yang dapat di panjatkan. Sesungguhnya kesabaran dan ketenangan menjadi teman setia di kala sesi penantian. Jutaan terima kasih kepada mak, abah , adik beradik dan sanak saudara yang tak menang tangan berganding bahu demi walimah yang cemerlang.Terima kasih semua...