Wednesday, May 12, 2010

Tanggal 18 April 2010...:)



Alahmdulillah ,aku bersyukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan pertunanganku. Ucapan Jutaan terima kasih pula di tujukan kepada tunangku Abang Hasrin yang telah membuktikan komitmennya dalam perhubungan. Keputusan abang Hasrin untuk melamarku sungguh mengejutkan sehingga membuatku rasa terharu. Mana tidaknya, selepas pertemuan pertama, abang Hasrin terus membuat keputusan untuk menhantar rombongan. Aku, rasa amat bersyukur dan terus membuat operasi secara besar-besaran tanpa henti. Segala persiapan perlu di lakukan dengan sepantas kilat sebab masa yang di peruntukkan hanya 2 hari sahaja.Bayangkan? SubhanAllah, hanya Allah yang mengetahui keadaannya. Tetapi demi orang yang tersayang, aku perlu pastikan semuanya adalah terbaik dan memuaskan. Yang bestnyer, aku dapat mengubah barang hantaran dengan cantik sekali. Apapun semuanya adalah dari Yang Maha Esa. Hanya kepada Allah ,aku memohon bantuan dan perlindungan. Terima kasih jua untuk semua ahli keluarga dan juga saudara mara yang datang melancarkan majlis yang indah...Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment