Friday, November 4, 2011

UJIAN EKONOMI ASAS

BAHAGIAN A

Hitamkan semua jawapan anda pada kertas soalan yang disediakan.
--------------------------------------------------------
1. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang firma?
I. Matlamat utama memaksimumkan keuntungan
II. Berbeza dari segi saiz dan modal
III. Membekalkan faktor pengeluaran
IV. Menggunakan barang dan perkhidmatan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

2. Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi peningkatan penawaran barang?
I. Penggunaan teknologi tinggi
II. Jangkaan harga pada masa depan meningkat
III. Cita rasa pengguna berubah
IV. Penambahan subsidi kepada pengeluar
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV


3. Antara berikut, yang manakah kos tetap firma?
A. Bil telefon
B. Sewa kilang
C. Upah pekerja
D. Kos bahan mentah

4. Kilang M telah mengeluarkan 180 pasang kasut sehari dengan 20 orang pekerja. Tambahan 2 orang pekerja menyebabkan pengeluaran kasut juga bertambah menjadi 210 pasang sehari.
Berapakah keluaran sut bagi pekerja ke-22?
A. 9
B. 10
C. 15
D. 30

5. Puan Zaidah memerlukan ikan, tepung, mesin pengisar dan pekerja untuk membuat keropok.
Apakah input tetap yang terlibat dalam proses tersebut?
A. Ikan,tepung dan mesin pengisar
B. Pekerja dan mesin pengisar
C. Ikan, tepung dan pekerja
D. Mesin pengisar

6. Keanjalan harga penawaran adalah anjal jika peratus perubahan
A. dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan pendapatan.
B. dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan harga.
C. harga melebihi peratus perubahan dalam kuantiti ditawar.
D. pendapatan melebihi peratus perubahan kuantiti ditawar.

7. Jadual di bawah menunjukkan pekali keanjalanharga penawaran bagi barang P dan barang Q.Barang Pekali Keanjalan Harga Penawaran
P 4
Q 0.5
Apakah jenis pekali keanjalan bagi barang P dan barang Q?
Barang P Barang Q
A. Anjal Anjal satu
B. Tidak anjal Anjal
C. Anjal Tidak anjal
D. Anjal satu Anjal

8.Penawaran kasut bertambah daripada 150 pasang kepada 250 pasang apabila harga sepasang kasut meningkat daripada RM20 kepada RM30.
Apakah pekali keanjalan harga penawaran kasut tersebut?
A. 0.75
B. 0.83
C. 1.20
D. 1.33

No comments:

Post a Comment